Friday, 29 November 2013

Kak Ton USA.. Hamboii nama kan mainnn khennn

Assalamualaikum laling-laling sume dan selamat berhujung minggu esok khenn..
Maaf kak ton lama tak hupdate page. Penat bebenor bawak kapaltebang dr Mesia ke USA. Hihihi. 
Alhamdulillah kak ton selamat sampai ke negera Uncle Sam ni. Jangan lah tanya apesal Uncle Sam dan bukan Uncle Jack. Harus airmata kak ton nak menjawap tauuu.. Tak kose. Kalau tanya pasal corelle reti lah kak ton nak menjawapnye.

InsyaAllah kak ton dalam proses merestock awek-awek cun idaman ramai. Dannnn malam tadi harusss kak ton terjebak beratur kak COACH sekali tauu. Bukan pendek-pendek line beratur. Nak beli nasi  kandar beratur pon tak panjang camnih. Ketarr lutut nunggu dengan angin kan main sejuk. Tapiii, sebab perangai nak membeli punya pasal, ketar lutut pon ketar lah. Janji puas hati. Nak buat camana khennn.. Confession of a Shopaholic giteww😭😭

Dan opkoz kak ton ada membeli untuk laling-laling kak ton ni. Tunggu ye kak ton start update barang-barang baru untuk youalls selepas sampai ke tanah air tercinta nanti tauuu.

Untuk youalls yang bertanya pasal Corelle, ori ke kak ton? Hamboi.. Sentap tau tanya ori ke tak. Opkoz ori. InsyaAllah. Bagi membuktikan ke-ori-an Corelle hambik lah gambor kedai Corelle ni. Lepas ni jangan sesekali meragui kesucian corelle ku tauuu.. Nehe betty nehe.. Ikut kan hati, nak je lari lagi kat batu belah batu bertangkup ngadu nasib.. Tapi mesti batu belah dari jauh lagi dah jerit kat kak ton. Balik lah ton oii..nyampah dah aku tengok muka ko dok ngadu. Air mataaa lagi kak ton..

Laling-laling sume, Terima kasihhh banyak-banyak sebab membeli dengan kak tons corelle dan selalu support kak ton youalls ni. Pada yang dah bayar, kak ton akan deliver semua awek-awek cun hari senin 9/12 ye laling-laling suma.

Kak tons corelle: 012-2727 504
Email kak ton: kaktonscorelle@gmail.com

Cantik tak pinggan kak ton??????
Cantikkkkkkkkk!!!
 
Kalau cantik jom beli! Kak ton gerenti youalls puas hati! InsyaAllah











Sunday, 24 November 2013

Last minit order Bedah!!


Assalamualaikum dan selamat petang laling-laling sume..
Amboii sedapnya nasik goreng kampung Tipah buat tu. Maklumlah satu kampung turun rumah Tipah nak pegi sunway lagoon. Kerlass Tipah. Siap hidang dengan corelle Vive enhancement 30pcs you. Siap beli 2 kotak dengan kak ton. Kira set makan untuk 12 orang Tipah!!!!

Alhamdulillah, sempena kak ton nak bercuti start rabu ni selama 11 hari, raaaamai yang order cepat-cepat sebab nak pakai urgent katanya. Maklumlahhh ada yang call kak ton kata makan hati beli corelle pastu adik ipar tiru sebijik sejibon design yang sama tahun lepas. Terus Semah simpan Corelle tak pakai-pakai sampai harini. Asal tengok corelle je sentap.. Last-last Semah buat keputusan beli square embossed, nak hidang makan sambil berair mata ke adik ipar. Geram punye pasal khen Semah. Siap beli 3 kotak square Embossed dengan kak ton. Bukan air mata adik ipar je keluar Semah oi, mau meleleh berjujuran air hidung adik ipar awak tu! Nak keluar air mata segan khennn.. Nampak nau makan hati makan atas square embossed. Keluar lah bejujur jujur air idung. Tu bukan makan hati Semah , mau makan dalam siap mimpi-mimpi!!! Amboiiii macam-macam kes kan youalls.

Jadi pada sesiapa nak ambil kesempatan nak beli set Corelle urgent, harini adalah hari terakhir buat payment ye youalls. Supaya dapat kak ton deliver pada youalls esok. InsyaAllah. Kalau buat payment lambat, jawapnye kak ton ngantor lepas kak ton balik bercuti lah ye. Hari senin 9 December yeee youallls.

Cantik tak pinggan kak ton?????
Cantikkkkk!!!!

Kalau cantik jom beli!! Kak ton gerenti youalls puas hati! InsyaAllah

Kak ton si penjual Corelle: 012-2727 504
Email kak ton: kaktonscorelle@gmail.com

Saturday, 23 November 2013

Set Corelle Vive Enhancement 30pcs- set makan tuk 6 orang youuu!




Assalamualaikum dan selamat petang akak-akak cun. Amboiii mentang mentang hujan khennn..sedap makan kopok ngan air kopi sesambil mulut tak berenti borak ngan Bedah sebelah khennn. Boss suh buat keje pon jap jap lagi la setelkan. Janji mulut kena eksersais khennn Tipah..

Kak ton nak inpom youalls set Corelle Vive Enhancement (30pcs) tinggal 2 kotak terakhir ajeww. Pada sesapa yang berhajat sila cecepat yerrr. Kang dah habis tension tak pat makan dalam pinggan idaman khennn.

Set ni sesuwai untuk youalls yang ada meja makan kerusi 6 biji. Sebab set corelle ni memang direka khas ngam untuk 6 orang ye Tipahhh. Ada jugak yang takmo beli 2 set 16pcs sebab nanti dapat set makan tuk 8 orang. Siap suh kak ton carik orang lain share sebab  nak amek sekotak setengah.  Saborrr je lah kak ton sambil urut dada. Hamboi Tipahhhh kan main request khennn.. Kak ton bagi seggestion amek set vive enhancement takmo..konon tak kena dengan jiwa. Nakkkk juga design pinggan bunga sebesar tapak tangan.. Dah tu camane? Tak kan kak ton nak berlari kat batu belah batu bertangkup lagi khennn sesambil mengadu nasib.. Akhirnya Tipah stress tipah yang berlari ke batu belah batu bertangkup.. 

Masalahnya Tipah, set yang Tipah nak tu nan hado langsung set makan tuk 6 orang. Tak tercipta lagi Tipah oiiii.. 

Jadi Untuk mengelak masalah Tipah dari terjadi pada Jenab, Esah, Milah, Jemah dan bang Aji ..tak pasal-pasal bang aji involve khennn, kak ton sarankan youalls amek la set pinggan Vive Enhancement 30pcs ni. Set ni saaangat suci, putih bersih, sedap mata memandang, everlasting dan bang aji pon kurang sakit pala tengok bunga besor alam time makan. Nasik makan seganggam je khenn.. Bunga yang besor kan main atas pinggan.. Ye tak Bang Aji. Orang pompuan suka la khenn..rasa la cam pwincess pwincess sikit.

Pinggan ni tak mahal Tipah. RM569 ajew. Tahan lasak, tahan lama, ringan, hati pon senang dapat makan dalam pinggan Corelle ni lepas beli.

Jadi kalau berkenan sila roger roger kak ton. Wassap wassap pon boleh.. Kak ton tak kisahhhh.. Eh email email pon boleh Tipah.. 

Kak Ton si penjual Corelle: 012-2727 504
Email kak ton si penjual Corelle: kaktonscorelle@gmail.com

Cantik tak kak tonnnnnn???? Eh silappp..malu aii.. Cantik tak pinggan kak tonnnnnn???
Cantikkkkkkk!!!!!!!

Kalau cantik jom beli! Kak ton gerenti youalls puas hati InsyaAllah

Restock awek-awek cun ye youallssssss



Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu khas untuk laling-laling kak ton.
Kak ton just nak inpom yang kak ton akan bercuti bermula rabu 27/11/13 sampai ahad 8/12/13 selama 11 herie (sila sebut cam iklan naik teksi hari raya tu yeeee)

Alhamdulillah dan terima kasih khas untuk youalls yang beli dan support kak ton selama ni. Dan disebabkan sambutan yang menggalakkan, kak ton akan ke US untuk tujuan me-restock dan memenuhkan lemari rumah kak ton khas untuk youalls. InsyaAllah, kak ton akan bawak balik design-design baru dan baaaaaanyak produk-produk baru lagi ye youalls. Sila simpan duit youalls dalam poket doremon youalls tu ye laling-laling sume. Tunggu kan poduk produk baru dari kak ton ye laling-laling sume.

InsyaAllah fb/instagram/blogspot Kak Tons Corelle akan di hupdate untuk youllas cuci-cuci mata dan merelease tension sesambil bekerja tu ye laling-laling. 

Dan pada yang nak beli corelle dari kak ton sebelum kak ton cuti ni, sila buat payment selewat-lewatnya esok ye. Dapatlah kak ton delivery sama ada by hand untuk lembah klang atau pos ke youalls hari esoknya tu yeee. Ye lah, dapat pakai mek mertua datang hujung minggu ni kheeennnnn.

Sekali lagi terima kasih sebab support kak tons corelle. Kalau youalls wassap time kak ton bercuti pon insyaAllah kak ton cuba balas ye laling-laling sume.

Hotline kak ton: 012-2727 594
Email kak ton :kaktonscorelle@gmail.com

Cantik tak pinggan kak tonnnnnnnnn????
Cantikkkkkk!!!!!
Kalau cantik jom beli. Kak ton gerenti youalls puas hati InsyaAllah😊

Wednesday, 20 November 2013

Cik Mek Molek Cherry Blossom dah Sold Out ye youalls



Assalamualaikum dan selamat petang laling-laling semua. Kak ton just nak inpom, Cik mek molek Cherry Blossom dah sold out ye laling-laling. Terima kasih pada datin-datin cun melecun yang beli dengan kak ton. Semoga makin murah rezeki youalls, sesambil hiburkan perut cik abe dan menjamu makan keluarga dan kawan-kawan khennnn.. I lap youalls lah dan mekacehhhh sekali lagi😊

Kak ton yang comel dan comot: 012-2727 504 

Sunday, 17 November 2013

Design yang masih available di Kak Tons Corelle you!!







Assalamualaikum dan selamat tengahari laling-laling sume..
Cuti sekolah pon dah setat khennn. Dengar cite minggu depan mak mertua, pak mertua, kakak ipar, adik ipar, anak-anak buah nak datang rumah.. Hamboiii cuti sekolah betul tahun niiii.. Tapi kak Bedah pening kepala!! Mana tak nya, set pinggan tuk makan 4 orang je. Yang nak datang rumah sampai 9 orang!! 

Aduiii mana bedah nak carik pinggan cun lain. Nak beli baru tapi takmo yang pelastik. Harus standard ikut KPI khennn.. Takpon ikut ISO baru kelassss khen Bedah! Muka kena jaga, apa barang kawen 4 tahun hidang pinggan pelastik.. Harus Bedah rasa drop the water face gitewww.. Nak bagi tetamu makan harus bagi yang terbaik.. Tip top dari masakan, presentation dan pinggan nak dihidang.. Takkan campur pinggan kaler fink, cawan kaler hijo bang janggut mangkuk alamakkkkk bunga-bunga kaler kuning.. Fening mak mertua tengok! Nak makan pon tak lalu khennnn..

Jadi, untuk prevent (amboi kak ton, cakap omputih you!) tragedi yang tak diingini, kak ton cadangkan Bedah beli pinggan dengan kak ton! Setakat 3 set kak ton boleh sediakan Ready Stock InsyaAllah.. Tapi bedah kena la bayauuu.. Jangan la niattt.. Sentappp kak ton balik balik niat..khennnn..

Harini kak ton list kan pinggan yang available dengan kak ton. Kalau nak beli buat hadiah kawen memember opis pon boleh. Takde masalah!bagi hadiah kat mak mertua boleh, ipar duai boleh! Bagi hadiah tuk diri sendiri laaagi boleh! Lagi sedap bang aji tolong belikan... Sejukkk perut bini makan.. Terasa nasi panas dengan ikan kering pon sedap bang aji!

Set yang ada dengan kak ton adalah set 16 pieces iaitu set makan untuk 4 orang yang terdiri dari:

i)   4 dinner plate (size besar)
ii)  4 lunch plate (size sederhana)
iii) 4 cereal bowl
iv) 4 cawan porcelain

Dan set corelle vive enhancement 30 pieces set makan tuk 6 orang ye youalls. Set untuk 6 orang ada:

i)  6 dinner plate (size besar)
ii)  6 lunch plate (size sederhana)
iii) 6 mangkuk (size besar)
iv) 6 mangkuk (size kecil)
v)  6 cawan ye youalls. 

Kepada bang aji, bang janggut, bang misai, bang perut seksi, bang encem menawan, kalau nampak bini ada symptom-symptom lemah semangat masuk dapur, yelah asal jejak kaki kat dapurrr je histeria, hadiahkan lah set corelle ni. InsyaAllah semangat memasak tu terusss masuk dalam badan bini youalls tu. kadang-kadang orang pompuan ni malas nak mintak.. Kena la ober sikett bab berlakon khennn.. Baru laki beli gitew.. Tu baru lemah semangat.. Nasib tak pengsan bila masuk dapur! Harus bang aji pening kepala! Amboi Bedah.. Berlakon memang nombor satu! Kalau boleh dapat award memang Bedah menang tauuu.. Kalah kate winslet dalam cite Titanic teww!

Seperti biasa nombor telepon kak ton/kate moss/cindy crawford/madhuri dixit/pazura  yang buat orang pompuan stress bila tak pat beli: 012-2727 504.

Email yang buat orang laki tensi: kaktonscorelle@gmail.com

Cantik tak pinggan kak tonnnnnn??
Cantikkkkkk!!!

Kalau cantik jom beli! Kak ton gerenti youalls puas hati InsyaAllah!

Friday, 15 November 2013

Last set ye Cik mek molek Cherry Blossom ye laling-laling sume!

Assalamualaikum laling-laling.Tak sempat kat ton nak berlari ke batu belah batu bertangkup tau, set cherry blossom tinggal last set ye youalls. Cepat laling-laling sume!

Nombor kelamat: 012-2727 504
Email kelamat: kaktonscorelle@gmail.com

Thursday, 14 November 2013

Last day promosi ye youalls







Assalamualaikum dan selamat petang laling-laling sume..
Amboiii mentang-mentang harini hari jumaat khennn..break kan main lama kheeeennnn..ada yang ukur jalan lagi tu. Sama cam kak ton. Baru lepas pegi ukur tiles kat OU. Uii jenuh jalan naik lenguh kaki kak ton niii. Banyak rupanya tiles kat OU.hihihi. Eh, Ada jugak yang buat eksersais mulut. Ni la masa break lama, ajak la geng mesyuarat tingkap gi memakan kat tempat best khenn..sesambil buat ketupat..2 in 1 gitew. Tak baik tau nyah..no no no yee..

Kak ton just nak inpom yang promosi tamat harini ye laling-laling. Pada yang berkenan dengan set Corelle Kobe, Daisy Days dan Sand &Sky (16pcs) sila rebut peluang keemasan, keperakan dan kegangsaan ni untuk beli set Corelle idaman hati youalls tu dengan rege yang murah. Lepas ni surat-menyurat tak kan dilayan ye untuk turunkan rege. Nehe betty nehe.. 

1 box RM 369
2 box RM 719
(Untuk set kobe, daisy days dan sand and sky sahaja)

FREE delivery ke semenanjung Malaysia. Tempoh sah laku sampai malam  ni pukul 11.59pm. Masuk pukul 12am rege macam biasa ye dek non. 

Owh ya youalls, cek mek Cherry Blossom tinggal 2 set ajew. Laling-laling sume, kak ton akan lock Set Corelle youalls lepas payment dibuat ye. Ada jugak yang siap bagi alamat rumah, nombor tepon, nama penuh, no IC, alamat opis, tarikh nikah dan nama laki TAPIIII duitnya nan hado..sedih kak ton tau. Tak kan nak lari kat batu belah batu bertangkup mengadu khennn, mau kena tampar dek batu belah tu sebab stress balik-balik muka kak ton yang berlari kat batu belah tu.. Jadi, sebelum batu belah batu bertangkup nyampah dengan kak ton dan si pekan kecik ati sebab kak ton dah ober shadow dia, sila buat payment untuk lock set youalls tu yee.

Seperti biasa nombor tepon kak ton, eh ada yang laki siap delete nombor kak ton dalam tepon bini dia, takpe, youalls letak la nama lain gantikan nama kak ton. Kak ton tak kisah ponn. Nak letak nama Kathy perry boleh, kate moss boleh, cindy crawford boleh, madhuri dixit boleh, pazura boleh, yang tak boleh doremon. Harus laki syak khennnn..

Nombor yang buat orang laki nyampah: 012-2727 504
Email yang buat orang laki muntah: kaktonscorelle@gmail.com

Cantik tak pinggan kak tonnnn????
Cantikkk!!!!!!
Kalau cantik jom beli. Kak ton gerenti youalls puas hati InsyaAllah!

Wednesday, 13 November 2013

Set Cherry Blossom tinggal 2 set je youalls


Assalamualaikum dan selamat petang laling-laling gojes semua..
Kak ton just nak inform si awek cun  Corelle Square Cherry Blossom dan tinggal 2 box aje ye youalls. Baru jap ni ada datin cun beli.

Kalau youalls berkenan dengan awek cun dan berhajat nak dijadikan ahli keluarga. Sila pm/sms/whatsapp/email kak ton cecepat ye youalls. Next week dah cuti sekolah khennnn.. Anak-anak sendiri, anak buah, kakak ipar, adik ipar raaaamai nak datang umah. Nak keluarkan pinggan lama segan. Dah sepuloh tahun dok ulang pakai khennn. Jadi ni lah masa nak tukar pinggan baru. Baru semangat nak masak khennn.. Biasalah, kadang-kadang nak masak pon nak ade feel ye tak Esah?

Seperti biasa hotline kak ton yang sentiasa hot tew: 012-2727 504
Email: kaktonscorelle@gmail.com

Cantik tak pinggan kak tonnnnn???
Cantikkkkkkk!!!!!

Kalau cantik jom beli! Kak ton gerenti youalls puas hati! InsyaAllah!!!

Kak ton dan awek cun kobe square 16pcs




Assalamualaikum dan selamat petang laling-laling kak ton yang cun melecun, manis bergaya dan cik abang segak lagi pemurah teww.

Kak ton terima baaaanyak pm/sms/whatsapp tanya pasal kobe. Oklah untuk laling-laling kak ton yang kak ton cayang tew, harini kak ton buat promosi khassss untuk awek cun kita Corelle Square Kobe (16pcs). Tapi promosi ni untuk arini (khamis) dan esok (jumaat) je ye youalls. Rege kak ton opkoz lagi murah pada tempat lain. Tak yah naik feri atau kapal terbang g jauh-jauh nak beli khennn. Cuma buka/online sama ada maybank2u, rhb online, cimb cliks dan bank bank gah yang lain dan transfer ajew.  Takpon beratur je kat bank cap rimau masukkan duit. easy peasy kata omputih. Esok nya kak ton pos ye laling laling. Kalau tak pos, area lembah klang, runner kak ton yang paling encem lagi bergaya akan hantar kat youalls ye laling-laling sumer. Cepat jew khenn. InsyaAllah..

Untuk set Corelle Square Kobe (16pcs) ni, rege tangkap leleh ikhlas dari hati kak ton untuk laling-laling sumer:

1 box: RM369
2 box: RM719 
FREE delivery ke Semenanjung ye Mah! Tak yah fening-fening bayar delivery khennn.

Seperti biasa, pada youalls penggila Corelle, kalau kata 16pieces mesti datang dengan:

i)   4 dinner plate (size besar)
ii)  4 lunch plate (size sederhana)
iii) 4 cereal bowl
iv) 4 cawan porcelain

Jangan lah Mah mintak nak beli set tu tapi mug takmo, harus kak ton stress. Mana pulak kak ton nak bagi mug tu khen..tapi kalau youalls berkerass jugak takmo mug, takde masalah, bayar je rege penuh, kak ton takyah bagi mug. Haaa sapa rugi? Mahhh jugak khenn. Jadi bila kak ton kata set 16 opkoz termasuk la dinner plate, lunch plate, cereal bowl dan mug. Baru lah cukup jadi 16pieces ye Mah. Atau senang cakap set makan untuk 4 orang.

Kalau nak dan berkenannn sangat, sila pm/whatsapp/sms/call kak ton ye: 012-2727 504 email pon boleh: kaktonscorelle@gmail.com sebelum terlambat

Cantik tak pinggan kak ton?????
Cantikkkkkkkkkk!!!!!!!!
Kalau cantik jom beli!
Kak ton gerenti youalls puas hati. InsyaAllah👍

Monday, 11 November 2013

Kak ton dan awek paling ngetop Corelle Square Bamboo Leaf 16pcs😊





Assalammualaikum dan selamat tengahari laling-laling semua.
Harini kak ton nak inform dan pekenalkan set paaaaling ngetop tau. Kaler saaangat redup mata memandang dan design penuh satu pinggan.

Yelah ada orang tak suka bunga-bunga kan. Dan ada orang suka sangat design dan kaler penuh satu pinggan. Untuk youalls yang suka design besar tapak tangan, set Corelle Square Bamboo Leaf  (16pcs) ni saaangat sesuai tau. 

Daun kaler hijau atas pinggan tu saaangat sesuwai untuk youalls yang duduk dibandar. Yelah, Manjang tengok konkrit khennnn. Macam kak ton. Nak jumpe daun pon susah. Boleh la ngajor anak-anak youalls tu, ni ha ghuper daun. Ni daun bulohhhh gitewww sesambil makan. 

Jangan anak laling-laling tanya daun tu boleh buat fotosintesis sudah.. Garu kepala mak nye menjawap.. Harus tetiba mak nya lari topik sebab tak tau apa tu fotosintesis..hihihi.. Kaver Jah kaver..kalau tak tahu buat buat tanya nak tambah nasik ke ye Jah. Jangan buat malu kak ton🙈

Anyway youalls, Corelle ni youalls saaangat tahan lama tau, ada akak yang dah pakai 28tahun masih cun melecun dan cantikkkkkk je tau laling. Pada kak ton, tak rugi nak invest rm379 tapi boleh pakai bertahun-tahun. Dengan syarat kalau marah kat laki jangan hempas ke lantai. Tu sari pon tak tahan gitew gayanya..

Seperti biasa kalau 16 pcs mesti datang together-gether dengan:

i)   4 dinner plate (size besar)
ii)  4 lunch plate (size sederhana)
iii) 4 cereal bowl
iv) 4 cawan porcelain

Pinggan dia besar youalls. Setakat nak letak nasi berlauk 10hengget tu takdal hal la. setakat makan nasi bukhara tu alamakkk..siap-siap ada space lagi tauuu.

Seperti biasa, talian hotline yang buat orang pompuan tak lalu nak makan tak lena nak tidur mandi tak basah dannnn nombor yang buat orang laki nyampah: 012-2727 504. Kan main kan bang aji nyampah nyampah. Tak baik tauuuu. Kak ton jual Corelle jewww buat makan youalls jugakk khennn.

Cantik tak pinggan kak tonnnnnn????
Cantikkkkkkk!!!!!
Kalau cantik jom beliii. Kak ton gerenti youalls puas hati insyaAllah👍

P/s: set Corelle bamboo leaf ni  semakin menyusut dalam lemari kak ton.kalau berkenan sila ke kaunter pertanyaan ye laling-laling sume. RM379 free delivery ke semenanjung malaysia ye yang😊

Sunday, 10 November 2013

Kak ton dan set corelle promosi cuti sekolah


Assalamualaikum dan selamat tengahari laling-laling comel semua. Monday blues betul harini! Nasib dah lunch taim. Semangat macam komander pegi kedai makan! Macamana nak diet! Ingat makan terus ceria kan! Amboi Tipah, kan main geleng-geleng kepala tak setuju statement kak ton. Kak ton tengok elok je Tipah tunggu akak jual nasi angkat keluar lauk sampai habis..hihihi

Ramai yang ngantor wassap kat kak ton, tanya awek cun Jacaranda! Alah youalls ni, dah habis khenn.. Haritu masa kak ton inform kan main cebik cebik mulut. Bila dah habis, kan main stress wassap kak ton khennn. Ni anak dara Cherry Blossom tengah available. Sila cepat ye pada yang bekenannnn sangat kat cik mek tu. Kalau dah habis tak dapat kak ton nak keluarkan pada poket doremon. Kalau lah Doremon tu ada, memang kak ton orang pertama beratur!!

Okay harini kak ton nak buat Promosi Cuti Sekolah. Bermula harini sampai hari jumaat. 5 hari ajewww ye dik non. Design terpilih lepas kak ton buat cabutan bertuah tengah-tengah malam tadi adalah awek paling cun tak lain tak bukan cik kak Daisy Days (16pcs) dan awek cun Sand and Sky (16pcs). 

Cik kak Daisy days ni saaaangat cantik berseri-seri. Bunga kaler merah buat pinggan youalls naik timbul ceria tau.. Kalau agak-agak tengah bad mood abang janggut youalls tak bagi makan McD, makan tempe dalam pinggan Daisy Days ni terus rasa ceria! Hilang bad mood youalls tu terus tau! Tak caye, cer beli cer beli, sure ceriaaaa je hari-hari youalls!

Awek cun Sand and Sky ni pulak khass untuk youalls yang tak suka bunga! Eh tak percaya orang pompuan tak suka bunga? Betulll, ada jugak yang suka design simple-simple, suka bentuk geometry khenn. Jadi pada youalls yang sukakan simple, moden dan tak berapa minta kat bunga, kak ton sarankan design ni untuk youalls.

Macam biasa, kalau cakap 16pcs, opkoz datang dengan:

i)    4 dinner plate (size besar)
ii)  4 lunch plate (size sederhana)
iii) 4 cereal bowl
iv) 4 cawan porcelain

Amacam? Stress lagi? Tak boleh tidur malam lagi? Takpe, kontek ajew kak ton. Memang kak ton pakar selesaikan masalah tak tidur malam youalls tu. Kak ton youalls ni boleh dihubungi melalui: 012-2727 504 (nak SMS boleh, whatsapp boleh, call boleh) atau melalui email: kaktonscorelle@gmail.com. 

Untuk abang-abang yang nak bagi hadiah, pon boleh kontek kak ton yeee🙈

Cantik tak pinggan kak ton????
Cantikkkkkkk!!!!
Kalau cantik jom beli! Kak ton gerenti youalls puas hati.InsyaAllah

Friday, 8 November 2013

Set Jacaranda Kak Ton dah Sold Out ye youalls. Terima kasih laling laling gojes semua




Assalamualaikum dan selamat petang laling laling kak ton semua.
Cik Mek Molek cik Jacaranda dah Sold Out ye youalls.

Terima kasih sebab membeli.. Alhamdulillah..

Cantik tak pinggan kak tonnnn????
Cantikkkkkk..kalau cantik jom beli!
Kak ton gerenti youalls puas hati! InsyaAllah

Wednesday, 6 November 2013

Kak ton dan set corelle paling sweet macam pwincess corelle square pretty pink 16pcs









Assalamualaikum dan selamat tengahari laling-laling sume.
Harini kak ton nak tunjuk, introduce dan nak kenenkan youalls dengat si cantik manis dari lemari Kak Ton.

Bunga kaler fink sebesar alam atas pinggan sangat ceria tau youalls. 
Sesuwai dengan Kak Bedah yang sukeee sangat kumpul semua benda kaler fink. 
Budak-budak pon suka. 
Terus rasa macam pwincess makan pakai pinggan kaler pink kannn. 
Silap-silap bersemangat anak-anak makan nasik lauk kicap mak dia tu.

 Set Corelle Square Pretty Pink (16pcs) datang dengan:

i)   4 dinner plate (size besar)
ii)   4 lunch plate (size sederhana)
iii)  4 cereal bowl
iv)  4 porcelain mug

Pada abang-abang macho lagi seksi, jomlah beli set ni nak dihadiahkan khas untuk kasih hati youalls tu. Kak ton gerenti senyum lebarrrr cik adik manis youalls tu tau.

Pada yang nak buat hadiah untuk pengantin boleh, hadiah annibersary sesuwai, hadiah besday memang terbaik, hadiah naik pangkat lagi cun dan hadiah farewell pon hokeh tauuu.

Seperti biasa hunting line kak ton: 012-2727 505
Email pon boleh: kaktonscorelle@gmail.com

Cantik tak pinggan kak ton????
Cantikkkk!!!!
Kalau cantik jom beli. Kak ton gerenti youalls puas hati👍