Friday 15 January 2016

Corelle Swept

Assalammualaikum dan selamat pagi laling laling semua.

Laling laling semua, Meh kak ton kabor pasal Corelle Swept ni. Corelle ni terus terang ye youalls, antara design yang paling cantik kat mata kak ton. 

Kalau youalls nengok live, keliling pinggan, mangkuk dan mug ada teksture kira kira macam timbul gitew. Meeemang cantik, memang meletop, memang klasik, memang moden, memang in dan memang sedap mata memandang.

Kak ton dah banyak kali sound bang aji, nak rembat 2 kotak pakai sendiri. Tapi bang aji jeling. Nengok kan corelle dalam lemari dapur penuh sampai tak boleh tutup pintu lemari. Telan ailior tau. Nyanpah tau bang aji. Baru pasang niat dah kena pangkah.

Jadi youalls, percayalah pada kak ton. Corelle Swept ni memang cantik. Senang youalls nak matching dengan alas pinggan. Nak nak youalls yang suke nau amek gambor masakan, memang ngam sangat la corelle ni! Letak makanan apa aje nampak sedap! Mau meleleh air mata Jemah sebelah rumah nengok! Tulah eksen sangat Jemah khennn.. 

Haaa apa lagi! Sementara stock tengah ada, meh ler beli. Kalau dah habis, konpem kak ton tak restock youalls!! Air mataaaa lagi khennn. Nak nak raya cina nak dekat ni. Mak pak, atuk nenek semua turun nak datang rumah. Time ni ler kita jamu. Bior meleleh ailior diorang nengok.. Betapa cantik nye meja youalls. Kan main berseri!

Kalau berkenan kontek kak ton ye.







No comments:

Post a Comment